Aku bukan Abu bakar al-siddiq,
Yang mampu menpertahankan rasul,
Ketika dihina oleh penduduk mekah,
Tiada siapa mempercayai rasul kecuali dia…..
Aku bukan Umar al-khatab ,
Yang semua orang gerunginya,
Bukan hanya manusia bahkan syaitan takutkannya,
Kerana kekuatan iman beliau kepada Allah…..
Aku bukan Uthman bin affan,
Yang mampu meninggalkan kemewahan hidupnya,
Yang rela hidup dalam zuhud….
Kerana mahukan keredhaan Illahi,
Aku bukan Ali bin abi Tallib,
Yang mampu menggantikan tempat Rasulullah,
Tanpa memikirkan keselamatan diri,
Kerana kasih beliau kepada Rasulullah…..
Aku bukan beliau…
Tetapi aku mau menjadi seperti beliau,
Tabah menhadapi rencah kehidupan ini,
Moga kita dapat menjadi seperti beliau…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan