Carilah Keredhaan, Bukan Kemurkaan
Oleh:
Balqis Azwa
Lumrah
kejadian manusia, memerlukan pasangan untuk berkasih sayang, perlukan
perlindungan, dan lain-lain lagi, sesuai dengan firman Allah Taala, maksudnya:
Maha suci
Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, sama ada
ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka
tidak mengetahuinya. (QS.Yasin: 36).
Ayat ini
menunjukkan bahawa segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah swt, semuanya
berpasang-pasangan, baik dari tumbuh-tumbuhan, manusia mahupun ciptaan lainnya
yang tidak diketahui oleh manusia. Sungguh hebat ciptaan Allah!
Allah swt
juga menjadikan manusia berpasang-pasangan. Akan tetapi, janganlah kita
mengabaikan persoalan tentang perasaan dan soal hati. Ia sering membuatkan kita
terbuai dengan hasutan syaitan yang sentiasa mengheret dan mengajak kita ke
lembah kehinaan. Bak kata pepatah, jodoh (pertemuan), ajal, rezeki, syurga dan
neraka semuanya telah ditetapkan oleh Allah swt.
Namun, semua
itu bukan mudah untuk kita menerimanya. Manusia mempunyai berbagai ragam
sifatnya. Ada yang suka meluahkan perasaan kepada orang lain, ada yang
mengambil sikap memendam perasaan. Namun, sebaiknya biarlah Allah swt dan dia
yang tahu. Seandainya di hati sudah tumbuh perasaan minat atau cinta, adalah
lebih baik mengelakkan diri dan menjauhkan diri daripada hal tersebut, kerana
takut dikecewakan. Suka ingin bertepuk, kecewa tak berbunyi!
Fenomena
yang terjadi sekarang ini (termasuk juga mahasiswa/i), ramai pasangan yang ber-couple,
leka dan lalai dalam kehidupan yang mereka alami. Mereka sering menganggap
pasangan mereka itulah yang akan menjadi pasangan hidup hingga ke gerbang
perkahwinan. Tak dinafikan ada. Namun kebanyakkan gantung tidak bertali yang
akhirnya kecewa yang tidak berkesudahan.
Percintaan
sewaktu di alam kampus, ramai yang tersungkur, pelajaran entah ke mana, kerana
asyik dengan pencintaan, dan rasa ingin di cintai. Berkhayal ke alam cinta yang
penuh dosa dan noda. Sangat membuang waktu. Bak kata orang, zaman percintaan
ini manis, mudah menabur janji tapi payah untuk menunaikan, Mudah memberi
harapan tetapi tidak bertanggungjawab. Dan akhirnya, ramailah yang mendapat
gelaran munafik. Kerana mereka telahpun mengikut kata dan tunjuk ajar dari
musuh kita sendiri, syaitan dan hawa nafsu!
Tahukah
anda, jarang orang yang ber-couple ini sampai ke gerbang pekahwinan. Jika ada
yang ke gerbang perkahwinan, ia tidak ramai dan kekal kerana sudah bosan dan
muak, sudah semuanya diceritakan ketika zaman bercinta!
Kenapa zaman
perkahwinan lesu dan tidak bahagia? Tanyalah pada diri anda, dimana letaknya
keberkatan. Sepertimana yang disebut oleh Ustaz Azhar, “jangan kamu fikir dosa
yang kamu couple sudah hilang bila kamu sudah berkahwin, dosa itu akan kamu
bawa”, Bagi yang sedang dalam proses berubah ke arah kebaikan, sentiasa
berdoalah kepada Allah swt agar diberi kekuatan, untuk kekal dan istiqamah
dalam berjuang untuk mendapatkan keredhaan-Nya dan sentiasalah minta keampunan
dari-Nya.
Bagi
pandangan saya, urusan jodoh dan perasaan, serahkanlah kepada Allah, saya juga
manusia biasa. Tidak dinafikan, memang sukar untuk mengawal perasaan tersebut,
tetapi saya mencuba untuk sentiasa menyibukkan diri untuk lari dan mengelak
dari mengingati hal-hal tersebut.
Saya juga
mendambakan seorang yang mampu memimpin untuk membaiki diri ini, tidak
mengharapkan sama sekali, seseorang yang membuatkan saya lalai dan leka,
terbuai-buai dengan dunia yang fana, yang keindahannya hanyalah sementara!
Jika tidak mampu melawan perasaan itu, kawinlah
sahabatku itu yang terbaik untuk kamu, mintalah restu dari kedua ibu bapamu,
Jika belum mampu untuk menikah, berpuasalah! Sesuai dengan dengan sabda Nabi
saw:
Abdullah
Ibnu Mas’ud Radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah Shallaahu’alaihi Wa Sallam
bersabda pada kami: “Wahai generasi muda! Sesiapa diantara kamu telah mampu,
hendaknya ia bernikah, kerana ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara
kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaklah dia berpuasa, sebab ia dapat
mengendalikanmu.” (Muttafaqun Alaih).
Wahai
sahabat seperjuangan, (Insya Allah) kita semua bakal ke gerbang perkahwinan,
kita semua mengimpikan anak yang soleh dan solehah bukan? Justeru itu kita
perlu menunjukkan contoh yang baik untuk anak kita yang akan datang. Jika kita
melakukan perkara yang dibenci Allah, maka generasi yang akan lahir nantinya,
akan lebih parah daripada kita, dan waktu itu sudah terlambat untuk kita
sesali.
Jika tidak
mampu untuk perbaikinya, mintalah dorongan dari keluarga dan kawan untuk
mengawal perasaan, sibukkanlah diri dengan mempelajari ilmu agama dan perkara
yang berfaedah. Serahkanlah urusan ini pada Allah swt, berdoalah kepada Allah
swt, itulah kunci bagi orang yang benar-benar beriman. Allah Maha Mandengar doa
dari hamba-Nya, Allah swt tahu apa yang terbaik untuk kita, “Bukan semua yang
menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kala, yang menggembirakan itu
tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk
kita. Kadang-kala di situlah letaknya bahagia. Tak semua langit, cerah dan tak
semua mendung, hujan.”
Solat
istikhorah juga penting untuk meminta pertunjuk dari Allah. Yakinlah! jika dia
bukan jodoh kita, pasti ada yang lebih baik dari Allah untuk kita. Jika
mencintai sesuatu karena Allah, maka pasti ada bahagia menanti.
Jika
mencintai sesuatu karena nafsu, yang ada hanya luka dan kekecewaan. Cintailah
kerana Allah bukan kerana harta, bukan keturunan , bukan kecantikkannya tapi
kerana agamanya, jika sempurna agamanya, insyaAllah kita akan kekal dan
bahagia.
Mencintai kerana harta, harta akan habis, bagi
saya harta boleh dicari bersama-sama, kata ibu saya berdirilah pada kaki
sendiri jangan berdiri dikaki orang artinya jangan menharapkan harta orang!
Mencintai manusia kerana keturunan
tidak akan bahagia kerana mereka membanggakan diri dan membuat kita menjadi
takabur, manakala mencintai manusia kerana kecantikkan (paras rupa) membuatkan
kita merana, ada saja yang membuatkan kita sentiasa cemburu dan sakit hati ,
hatta bimbang pasangan kita curang.
Cintailah kerana
agamanya kerana ini mampu memimpin kita kearah kebaikkan, dengan agama mampu
membina keturunan yang baik, kekayaan budi pekerti lebih baik daripada kekayaan
yang sementara dan kecantikkan rohani lebih baik dari kecantikkan yang bertalam
dua muka. Andai mendapatkan semuanya itu lebih baik. Moga artikel ini
memberikan manfaat yang berguna bagi kalian dalam mencari keredhaan daripada
Illahi ....renung-renungkanlah! J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan