Ahad, 4 Ogos 2019

Berubat dengan ustaz hussin seberang marang.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Dengar perubatan Islam ustaz hussin lama doh, tapi tak pernah rasa nak gi berubat dengan beliau. Pada suatu hari adik bagi tahu kawan ye gi berubat baru tahu ada sis dalam badan walaupun gi hospital scan tak nampak. Try berubat dengan ustaz hussin baru tahu ada sis nasib baik tak teruk tapi panjang juga. Scan untuk kali kedua baru nampak ada.

Dengar cerita ni kami adik beradik nak gi berubat. Adik dah 9 bulan tak mari uzur, saya sakit-sakit badan, kadang rasa lemah badan.

Dikeranakan nak pergi, tanya la orang hari apa buka?, orang pun kata hari sabtu buka. Kami adik beradik kul 4.00 pagi dah bangun, siap mandi gi umah ustaz hussin. Tahu berdekatan dengan PASTI tapi di mana rumahnya?. Tengok tulisan juru nikah tapi tak perasan nama. Puas mencari, tanya la orang masa tu nak dekat kul 4.55 pagi, dia bagi tau rumah juru nikah tulah rumah ustaz hussin. Adoi, tapi nak dekat kul 5 pagi kenapa tak de orang, hati ini rasa nak masuk dalam rumah tu, rupanya hari jumaat/sabtu tutup.


Pada keesokkan hari kami adik beradik bangun kul 4.00 pagi juga, bayangkanlah tidur kul 2.00 pagi. Semangat nak gi berubat tu kami pergi. Adik pergi dengan kereta, aku dengan motor. Adik nak awal sebab nak gi kerja. Kul 4.45 pagi dah ramai orang, ni baru ye. Kul 5.00 pagi ambil nombor, sekejap je dah habis nombor. Aku boleh 1 nombor adik aku boleh 2 nombor, ingat 1 nombor nak bagi ibuku tapi kesian ke orang lain tak dapat lagi. Jadi aku bagilah ke diorang 1 nombor. Kamipun balik, pergi hanya ambil nombor, ustaz berubat bermula kul 8.30 pagi.

Aku bawa ibu sekali, dalam kul 10.45 kamipun masuk berubat. Cara ustaz berubat ye rase nadi tapi berlapik. Mula-mula adik yang berubat dulu. Masa ye tekan nadi, ustaz kata bakpe tak pergi hospital, ustaz kata usus dah bengkak, takut jadi busung air. Adik tanya teruk tak?, ustaz kata teruk jugalah, pastu ustaz kata tak lawaz, adikpun bagi tau yang dia tak mari uzur dah 9 bulan. Ustaz kata tak gi hospital? Adik kata gi klinik dah 3 klinik. Ye bagi ubat haid tak? Adik kata bagi, ustaz kata kenapa tak makan? Makan tapi tak boleh makan selalu adik bagi tahu.

Ustaz bagitau malam ni katok (pukul) halia dan 7 bunga cengkih letak dalam air suam, minum untuk 2 hari. Pastu pantang makan pisang berangan, terung, laksa penang dan nangka. Ustaz ada bagi ubat lain, ustaz ikhtiar ni lu, baru nak pergi hospital atau camne. Masa berubat aku ustaz kata ke adik kena jaga makan, hai nampak cam teruk je. Busung air tak de ubat ke?

Sampai masa aku, ustaz test nadi dan pecek kaki, ustaz kata suka makan air batu ke?
Suka sangat kataku, ustaz kata air batu tak pe lagi tapi air kacang soya jangan. Tanya ustaz gangguan ada tak?, ustaz kata tak de. Ustaz bagi ubat akar kayu, ikut pandai nak makan bila. Tak de yang serious sangat, Alhamdulillah.

Moga artikel ini menjadi panduan kepada orang ramai.